Thursday, May 29

Dynamic 5 Mini Farewell Party for Ayah Ilhaam

Assalamualaikum semua ^^ kali ni kami mahu post pasal "Mini Farewell Party Dynamic 5" masa Isnin malam baru2 ni. 26/05/2014. Kami buat d Dewan Selera ja. Sempena perpisahan dengan Cikgu Ilhaam. Ayah homeroom kami. Walaupun Ayah sambilan yg menggantikan Cikgu Rianty sbb cuti bersalin lebih kurang 3 bulan, tapi pemergian Cikgu Ilhaam sgt sgt buat kami semua sedih. Bukan setakat kami, hampir semua murid d MRSM Sdk. 

Dengan kutipan duit yg telah diusahakan oleh Affendy dan bantuan guru2 lain utk membeli kek di luar, kami, Homeroom Dynamic 5 2014 seramai 12 orang (sepatutnya 14 orang, tapi Fatimah dan Ciloy pergi Kem Sains di Kota Kinabalu) dapat sambut Farewell party ni dengan sebiji kek coklat dari Secret Recipe ;



Pukul 9.50 malam selepas tamat Career Talk oleh Cikgu Jo d Dewan Utama, kami bergegas ke Dewan Selera untuk supper dan menanti kedatangan Cikgu Ilhaam. Tunggu punya tunggu Cikgu Ilhaam pun stg dgn varsity hijaunya. Beliau memberitahu kami yg beliau baru sahaja selesai mandi dan terus ke Dewan Selera.

Setelah memberikan kerusi kepada beliau utk duduk, saya bergegas ke peti ais Dewan Selera utk mengambil kek yg telah dibeli siang tadi. Kami pun meminta Cikgu Ilhaam menyampaikan sepatah dua kata sebelum kami memulakan acara memotong kek :)

Selesai memotong kek, kami sama2 menikmati kek tuh sambil berborak-borak dgn cikgu Ilhaam ttg pengalaman beliau dan memberi sedikit kata2 semangat utk kami semua. Terima kasih cikgu. This could be the most unforgettable moment we ever had. 

Pictures : 

Ayah Ilhaam :)








0 comments: